RSS
Facebook
Twitter

Sunday 29 April 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t
Tomorrow.. The Koran Syafawi. I need to murajaah the memorizing more than usual. So lot and much. ~_~
I think this year is busier than any annual years. Need a tough patience and istiqamah in deed. Pray, pray and pray. Be strong ! 
ان الله مع الصابرين  & فصبر جميل
Assure with His word.
Every success need sacrifise. No pain no Gain.  

Monday 23 April 2012

Going to school today


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

Today is the day that I need to go to my school and stay at the hostel for a month. I'm going to confront the mid-year examination soon, Insha Allah. Ya Rabbe. So much subjects that I need to hold on. STUDY, STUDY and STUDY + memorizing. I didnt make any goal for this examination. Just want to focus on my memorizing due to my lackness in attending the classes of alQuran as I have so much concrete reason for being absent. Please pray for me. For my successful, my novel to-be (Insha Allah), my SMU examination, finishing the memorizing of AlQuran and always stay fit. Insha Allah. Allahumma Aamiin.
See you on the next holiday soon, Insha Allah. 

Fe Amanellah.


Saturday 21 April 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

Dealing with my patience, I wrote a story and may be a novel soon,insha Allah, Insha Allah and Insha Allah. Not a promise but a try indeed to feed my bravery and reduce my nervous. Maybe it is because I am always encore this word 'Ostoy un poco nerviosa' ( Spanish ) which is mean 'I am a bit nervous'. Plus, I will get some courages to bandage in indoor or outdoor community. 

 Special thanks to my Facebook acquaintance due to their coorperation and assist:
 Ahmed Osmen from Alexandria, Egypt . Rio Ali from Gaza City, Palestine and also Hagar Muhammad from Cairo, Egypt
Not forgotten to my fellow friends. 
1- Nurul Amni Azharan
2- Siti Nurhan Zakaria
3- Najihah Zalami
4- Ainul Atirah Adnan
5- Shafiqah Yusof
6-Siti Hawa Mohd
7- Izzati Mat Rudin
8- Asna Fadzual

and others. Thanks for supporting. May Allah bless all of you. Insha Allah. Allahumma Aamiin.
My last word, I allocate thousands of apologize to all my non-Malay friends. English version are not available due to my unlesuire time. 




Bab 1 :
                Subuh itu amat mendinginkan jasad makhluk yang bernyawa. Angin bertiup perlahan mengulik tubuh gadis gemalai itu. Marola, seorang gadis sunti yang berasal dari Itali. Berdarah kacukan arab Mesir di mana ayahnya seorang warganegara Negara Republik itu. Ayahnya juga seorang penganut agama samawi yang telah datang sebelum Islam iaitu Kristian namun agama itu telah disabotaj berikutan berlaku penyelewengan kitab Injil.
 “ Wah, angin yang sungguh menyantaikan.”
Marola sudah bangkit pada dini hari lagi untuk menikmati angin pantai itu. Awal-awal lagi dia sudah bersiap-siap untuk menikmati udara pagi yang nyaman. Entah kenapa hatinya rasa gundah melihatkan alam. Rupanya indah tidak dapat dilukiskan melalui pena. Ombak menari-nari sambil mengalunkan iramanya yang tenang. Menghilangkan kegusaran jiwa manusia yang kosong.
“ Apa sebenarnya yang Father Gabriel ingin katakan.” Fikiran Marola beralih seketika.
Masih terngiang-ngiang kata-kata Father Gabriel yang didengarinya tempoh hari. Percakapan antara Father dan seseorang melalui talian di dalam pejabat yang amat mencurigakan. Mereka seolah-olah berbisik. Sepertinya ia adalah satu percakapan yang sulit.
“ Kunci pertama ialah syahadah.”
Syahadah ? Penyaksian ? Apa yang dimaksudkan father ? Marola terus menyoal dirinya dengan bermacam-macam persoalan.
                Pagi itu, Marola meluangkan masanya dengan menghirup udara segar di pesisiran pantai Sidi Bishr, Alexandria, kebanggaan rakyat Mesir yang juga dikenali sebagai Iskandariah. Tempat yang menjadi tumpuan jutaan manusia seantero dunia.
                Saat si gadis sedang berjalan, Marola terlihat akan seorang gadis berhijab putih bersih. Kulitnya putih mulus sehalus sutera. Bibirnya merah jambu. Gadis manis itu sedang khusyuk membaca sesuatu di tangannya. Langkah Marola terpaku, sedikit sebanyak timbul rasa kagum akan kecantikan yang fana itu. Pandangannya tertumpu terhadap si gadis sopan.
“Hmm. Agaknya dia seorang muslim.”
Marola mengarahkan kakinya ke tempat di mana gadis itu berada.
“ Erm. Boleh saya duduk di sini ? “
Gadis itu menghentikan bacaannya dan mengangguk tanda ‘setuju’. Marola perlahan-lahan melabuhkan punggungnya ke atas batu besar itu.
“ Masmuk[1] ?’’ sekuntum senyuman menjadi pembuka kalam Marola.
‘’ Ismi Hagar, omre 22 sanah wa ente ? [2]
‘’ Ana Marola Gourge Ghattas Hakorah. ’’[3] sambil meletakkan tangan di atas dadanya tanda memperkenalkan diri.
‘’Wah ! Nampakya kita sebaya.’’ Marola menyambung lagi kata-katanya.
‘’ Kebetulan kan. Sepertinya awak bukan berasal dari sini.’’ Hagar menatap raut wajah Marola yang kelihatan sedikit asing.
‘’ Ya. Saya berasal dari Itali. Ayah saya seorang warganegara Mesir,tulen. Ibuku pula seorang warganegara Itali yang sudah lama bermastautin di sini.’’
‘’ Jadi kamu tinggal di sini ? ’’
‘’Aho keda.[4] Saya tinggal di street Khaled Ibn Al Walid, Sidi Bishr, Alexandria.’’ Marola menunju ke arah tempat untuk menuju ke street yang perlu dilalui untuk sampai ke kediamannya.
Bermula dari situ, Marola dan Hagar sering meluangkan masa bersama-sama.

*                             *                             *                             *
Ahad, hari umat Kristian untuk beribadat di gereja. Begitu juga Marola. Sudah menjadi rutin untuk dirinya hadir di sana. Niatnya tertumpu untuk berjumpa dengan Father Gabriel. Perasaan penasaran yang menakluki fikirannya membuatkan dia tergerak untuk mencari tahu tentang percakapan Father tempoh hari. Setelah habis bersarapan, Marola memandu keretanya menyusuri Malek Hanafi street dan membelok ke kanan untuk sampai ke Saif Street, di mana terletaknya gereja Virgin Mary, Sidi Bishr.
Sejurus menapakkan kakinya di sana, Marola memasuki ruang ibadat mereka dan melihat ke setiap ruangan. Pandangannya terhenti ke arah seorang lelaki yang bertubuh sedikit tinggi dan kurus. Wajahnya tampak tua kerana dipenuhi garis-garis kedutan. Rambutnya sudah separuh memutih. Asam garam kehidupan juga sudah dirasainya melebihi setengah abad. Lelaki itu mengenakan jubah hitam yang kelihatan masih baru. Bunyi pintu dibuka mengalihkan perhatiannya ke belakang. Lantas dia menoleh dan menghentikan pekerjaannya
“ Eh, kamu Marola. Sobaahal khair ![5] Ayuh,bantuku menyusun kitab-kitab Bible ini.’’
Marola hanya menyahut ‘ya’  tanpa berkata apa-apa. Dia terus bergegas ke tempat Father Gabriel berdiri.
“ Kitab-kitab Old Testament mahu diletakkan di mana, Father ?’’
“ Letakkan saja kitab-kitab itu di dalam rak bersebelahan dengan piano.’’ Father Gabriel menunjuk menggunakan jari telunjuknya. Marola mengangkut kitab-kitab tersebut menggunakan kudratnya sendiri. Setelah itu, dia menyusunnya dengan rapi dan mengikut tertib susunan masing-masing. Bermula dengan Genesis (Kejadian), diakhiri dengan Malachi (Maleakhi).

Selesai saja pekerjaan itu dilakukan, Marola melebarkan pandangannya di dalam gereja milik lelaki Mesir itu. Kosong. Seolah-olah kewujudan gereja itu tidak disedari. Marola mengeluh mengenangkan manusia yang semakin melupakan agama. Mengingatkan tentang agama, dia teringat akan niatnya yang utama.
“ Father, boleh saya berbicara dengan anda sebentar ? ‘’
“ Boleh, silakan masuk ke dalam pejabat saya.’’ Father Gabriel menjemputnya masuk sambil membukakan pintu untuk Marola.
“ Silakan duduk.’’ Father Gabriel mempelawa.
“ Ada apa yang boleh saya bantu ? ‘’
‘’ Sebenarnya apa yang dimaksudkan Father dalam percakapan tempoh hari ? Father ada menyebut ‘syahadah’. Saya dapat memahami bahasa arab dengan baik walaupun saya pernah tinggal di Itali selama 12 tahun. Boleh jelaskan ? “ Marola berterus-terang.
Saat itu juga, raut wajah yang tadinya dihiasi dengan senyuman berubah. Keceriaan pada wajahnya mulai pudar. Mukanya merah padam. Seperti bom yang ingin melepaskan satu ledakan pemedih mata.
“ Oh. Itu. Maafkan saya. Perkara itu cukup rahsia dan sulit. Dan kamu, dari mana kamu tahu tentangnya ?”
‘’ Minggu lepas, saya ingin bertemu dengan Father. Sewaktu menghampiri pejabat, saya terdengar perbualan Father dengan seseorang.”
“ Sudahlah. Lupakan. Perkara itu tidak penting buat kamu dan sesiapapun.”
“ Sesiapapun ? Apa maksud Father ? Cara percakapan anda menimbulkan seribu satu persoalan.’’
Marola menyangkal.
“ Semestinya tidak. Anda saja yang berfikiran polos. Tiada sebarang rahsia untuk saya sembunyikan.” Father Gabriel cuba mengelak. Dia kelihatan gementar dan lidahnya sedikit membeku. Sepertinya dia tidak menginginkan satu perbualan yang tegang di antara mereka berdua. Lalu, Father menukar topik perbualan dengan mengajak Marola minum kopi hangat.
Dia mengiyakan saja jemputan Father sebagai tanda menghormatinya. Perbualan mereka pagi itu bernoktahkan satu kecurigaan. Pendustaan apa yang ingin lelaki itu lakukan. Bukankah syahadah itu merupakan akad orang islam ? Mana mungkin mubaligh kristian yang dianggap kudus itu menyembunyikan sesuatu yang hak.

*                             *                             *                             *
Malam merupakan satu fasa yang cukup sesuai untuk sebarang pembacaan, melakukan sesuatu yang bersifat empiris secara santai. Malam itu juga Marola memilih untuk membuka sedikit ruang untuk dirinya berfacebook. Perkara yang amat disukainya apabila dia berfacebooking adalah dia sentiasa mendapat sesuatu yang ilmiah, subjektif dan juga praktikal. Baginya facebook adalah satu medan bersuara yang digilap dengan bermacam bentuk kesaksamaan fikiran yang digilainya,phisolophy dan juga kekritisan logik akal sains moden. Kekhusyukan itu tertangguh seketika kerana kewujudan satu artikel yang bertajuk ‘Found of Red Rose Nebula in AlQuran’. Marola mengetik ‘title’ artikel itu. Sejurus kemudian, satu paparan muncul di skrin laptop miliknya. Seusai diteliti dengan penuh kesungguhan, terdapat sepotong ayat alQuran sebagai natijah dan penutup kata di pengakhiran kalam.

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً۬ كَٱلدِّهَانِ
Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti [kilapan] minyak.
Ar Rahman (55): 37
Ayat alQuran itu ditatap lama-lama. Dia cuba untuk memahami penerangan yang diberikan berdasarkan ayat tersebut. Di bawahnya disertakan gambar Red Rose Nebula yang diambil oleh NASA Hubble Space Telescope pada tahun 1999/2000. Wow ! Cukup menggetarkan ruh. Bagaimana seorang manusia yang hidup pada zaman sebelum penemuan teknologi sains dan moden dapat menulis tentangnya ? Adakah benar alQuran ini adalah tulisan tangan Muhammad seperti yang didakwa Barat ?
Marola meneliti kembali artikel yang baru dibacanya.
Posted by : Hagar bint Muhammad
‘’ Hagar, kamu selalu saja membuatkan saya rasa terkejut dan penuh kejutan.” Marola tersenyum teringat akan gadis sunti Mesir itu yang penuh dengan rahsia. Wajahnya yang sentiasa tenang membuatkan Marola sentiasa mendampingi Hagar.
Tanpa dia sedari, benih kekaguman terhadap alQuran sudah tersemai di dalam jiwanya. Hebat dan sangat menakjubkan. Tentang Muhammad, dia sudah mulai berasa ragu akan dakwaan yang sering diperkatakan saudara seakidahnya. Aneh.

*                             *                             *                             *
Keesokan harinya Marola menekan keypad telefon bimbitnya untuk mendail nombor telefon milik Hagar.
“ Alu.[6] Marola bercakap di sini. Hagar ada?”
“Ya..ya. Hagar bercakap. Ezay[7] ya Marola ? Mahu bertemu dengan saya  ?” Hagar meneka.
“ Aiwah.[8] Tahu saja kamu. Datang ke pesisiran pantai Alexandria berhampiran dengan Mango. Sharp on time ! Jam 3 petang.” Marola menghentikan percakapan mereka di situ. Gagang telefon diletak perlahan-lahan. Dihempas tubuhnya ke atas sofa lembut di rumahnya. Pendingin hawa dibiarkan terpasang menyebari kedinginannya. Rambut ikalnya dilepaskan mengurai. Warnanya coklat keperang-perangan. Matanya yang hazel mulai layu. Barangkali kerana keempukan sofa dia hanyut dibuai keselesaan yang sungguh melegakan tubuh yang lesu.
Tidak sampai beberapa minit, Marola sudah terlelap dan sedang belayar di alam fantasi. Entah bagaimana dia tersasar ke tempat yang sangat kelam. Kawasan yang cukup terasing, suram, sunyi dan sepi. Tidak ada sedikit cahaya pun. Marola meraba-raba di dalam kegelapan sendirian. Jantungnya berdegup begitu kencang. Hembusan nafasnya seakan-akan ingin berhenti. Ketakutan mulai mencengkam tulang belulangnya. Kedinginan yang menyesakkan rongga toraks menyengat tubuh Marola.
“ Aku di mana ?” Marola bermonolog sendirian.
Tiba-tiba satu cahaya terang muncul dari setiap sudut. Bersamanya ada satu suara yang bergema datang menghampirinya.
“ Kamu sedang mendekati kebenaran dan tidak lama lagi kamu akan menjadi sebahagian daripadanya.”
“ Ya Tuhan !’’ Marola tersedar. Nafasnya tercungap-cungap. Wajahnya dibasahi dengan peluh.
“ Oh Jesus. Lindungi aku !”
Dia mengusap raut wajahnya. Rambut yang dibiarkan mengurai diikatkan kembali.
Marola melihat jam tangannya menunjukkan jam 12.45 tengahari. Waktu untuk dia menikmati hidangan lazat hasil air tangan ibunya, Maria Stegall, wanita Itali yang taat pada agama yang dianutinya, Kristian Roman Katolik. Seorang wanita yang mempunyai paras yang memukaukan mata yang memandang. Perwatakannya melambangkan dia ialah seorang wanita yang berkaliber tinggi, bersemangat dan berdedikasi. Maria merupakan salah seorang pensyarah di Alexandria University.
‘’ Mama, maafkan Marola kerana tidak membantu mama di dapur tadi.’’ Marola memeluk ibunya dari belakang.
‘’ Eh, habebte. Dah bangun rupanya. Tak apa. Mama pun suka lakukan semuanya sendirian. Lebih teliti.’’ Maria membalas pelukan anak tunggalnya.
“ Mama, nanti Marola nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan.”
“Oki[9]. Tapi jangan balik lewat sangat.”


1.        Apa nama kamu ?

2.        Nama saya Hagar, umur 22 tahun dan kamu ?
3.        Saya Marola George Ghattas Hakorah
4.        Ya
5.        Selamat pagi !
6.        Hello
7.        Kenapa
8.        Ya
9.        Ok

Friday 20 April 2012




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t
Today, i woke up at the dawn of the morning, concious from any twisted property. I took part in this competition due to my determination, feel glad to warm up my skill. Actually, honestly im not too remember the skill that I ever know in my primary school. Just using my teacher's theories. Theory is something that really easy to memorize right ? 
Moral in playing this game (Chess):
1- Make us to be patience
2- Think rational
3- Creative thinking
4- Beware
5- Discpline

I made a cover :D


Assalamualaikom w.b.t

Here we go now. I made a cover of a song from Jason Mraz - I'm Yours. Coincidentally, at that time i wrote a poem that i just posted before this post. This is the lyric.

Ya Allah
help me to pass this hardship
when I try to be a pious person
but I'm a bit sad
because I'm not acceptable
and I dont have any reason
to feel fail
because Allah always give his slave chance
just pursue dua'a
to Him
and I will feel more calm
when I meet Him in my prayer
Alhamdolellah
and I sink in bliss
I'm Yours.....

Enjoy the song  like I would. I feel peace, bliss deep inside my core.
It is a strength to be a HOPER towards our Lord, Allah.
last but not least, Smile. When you feel there is no more hope, remember, Allah is CAPABLE in doing everything. : )

Thursday 19 April 2012

Dear My Lord, Allah


Every sight I try to review
What's happening inside
but I'm blind enough
Because all around me is only the darknest
Its enveloping me
Its saging and killing
Demanding my soul
To be fear

O Allah
Grant me a patience
Hope for keep standing
Throughing the right path
Bestow me a pearl
That keep dazzling
Helps me to keep shining
Bring me to the red line of this hardship
soon
Insha Allah.