RSS
Facebook
Twitter

Wednesday 30 May 2012



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

This is a status update on my friend's Facebook, Hagar. If you read the story that I wrote,you will know who is her. 
Actually, I can see a tough spirit inside her. Some inspiring texts that I can detect from her wall update. Masha Allah. Allahuakbar ! Egypt now is on an election indeed to find a president. And my hand would like to vote for Mohammed Morsy. Do you know him ? If you dont know, ask Google or ask your acquintance. I share this print screen to spread and disperse the spirit of Islam. Come on ! Think. This world being conquer by alkaafirun. Where are these youth of Muslim ?? Realise that Islam really need all of the youth to concrete our God ( Allah ) words. Allahuakbar ! 




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

Yesterday, while I'm clicking the mouse over the place, I read a blog and it show me a link to download adobe photoshop CS5. Click here if you do want to download the available software.
I found an enthusiasm feature that available in this CS5. That feature can make such animation picture or text. You also can see an animation picture hanging on the sidebar written '' I am a blogger from Maahad Tahfiz Sains/ Tahfiz Science College''. 
Sh7okran kteeer ya Rabbe. Alhamdolellah. :)

Thursday 24 May 2012



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

Here, my new ideas. This is a general title '' Platform Cinta''. I suicide to make a classification of some short stories and manage to put them together in a book. Insha Allah. 

This is the first story for this book  : Lambaian Palestin

Maisa Damidi, seorang gadis yang lasak dan mempunyai tubuh badan yang agak kebal daripada anasir-anasir luar. Sifatnya yang berpendirian tetap membuatkan dia menjadi seorang gadis yang tegar. Tidak mudah patah hati dan tetap dengan pendiriannya. Maisa merupakan seseorang yang memiliki air tangan seni  kerana kepetahan penanya yang amat memukaukan para penelah buku-bukuan. Dia memiliki segulung ijazah kepujian daripada Lim Kok Wing University di Cyberjaya, Malaysia dalam bidang fotografi. Setelah menamatkan pengajian di dalam dunia lensa, Maisa diterima bekerja dan menganggotai Ahbaaul Falastin SDN BHD.
‘’ Ya Maisa, Ahlan Ilatha’am.. Al aan !’’[1]
Ayah Maisa menyapanya daripada dapur. Barangkali ingin meminta sedikit pertolongan.
‘’ Na’am.. Na’am. Tayyeb. Istanna Syuwayya,’’ Panggilan disahutnya perlahan. Namun, matanya masih tetap kaku menghadap skrin laptop miliknya. Ayahnya, Ahmed Osman merupakan seorang pelarian Palestin dan pernah menetap di  Lubnan, Negara yang kaya dengan petroleum itu. Peristiwa pada 15 Mei 1948 iaitu hari Al-Nakba yang bermaksud kecelakaan menyebabkan Encik Ahmed bermastautin di sana. Mereka dihalau seperti orang asing walhal tanah itu menjadi tapak mereka berpijak selama ini. Rakyat Palestin menganggap semua pengusiran dari kampung halaman sejak mandat British (1920-1948) sehingga Perang Arab-Israel  1948 oleh pengganas Zionis sebagai Al-Nakba. Sejak detik itu, ramai rakyat Palestin yang menetap di Negara-negara arab yang lain. Keluarga ayah Maisa membawa diri ke Lubnan kerana mereka mempunyai kerabat terdekat di sana. Sewaktu ayahnya menuntut di Jordan University Science and Technology , Encik Ahmed berkenalan dan berkahwin dengan ibunya, Puan Dima setelah mengenal budi bicara masing-masing. Puan Dima seorang  wanita berbangsa Melayu. Perkara itulah yang membuatkan Maisa hidup di Negara beriklim khatulistiwa ini.
Selalu saja Puan Dima menegur Maisa supaya mengurangkan masanya duduk berteleku di hadapan laptopnya. “ Sudahlah ! Menatap skrin itu bukan duniamu ! Sekadar permainan teknologi !” Pintu biliknya dihempas ibunya.
Begitulah rutin seharian Maisa apabila matahari menyinsing kepada fasa kegelapan. Apabila matahari bertukar tangan dengan bulan. Jari runcingnya menekan pantas keyboard untuk menyiapkan laporan tentang forum pada tempoh hari di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Laporan berkaitan Forum Cakna Palestin yang diterbangkan khas dari Palestin, Dr.Mahmoud Abbas, salah seorang pemimpin Hamas  dan wartawan Gaza TV, Noor Harazeen hasil kerjasama dua hala Ahbaaul Falastin dan Aman Palestin yang namanya cukup sinonim dengan penduduk Palestin di tebing barat Gaza. Maisa menyandang tugas sebagai moderator forum tersebut berikutan penguasaannya yang mendalam dalam bahasa alQuran, bahasa Arab.
Forum itu diimbas kembali di dalam kotak memorinya. Kata-kata Dr. Mahmoud Abbas masih segar berlegar-legar di ruangan mindanya.
‘’ Saya masih ingat akan satu hadis Rasulullah yang berbunyi
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Yang bermaksud:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
Sungguh ! Semangat perjuangan yang ada pada diri kami, rakyat Palestin tidak seperti air yang dicurah di atas api. Semakin dicurah, semakin membara dan menyala. Semakin membakar dan merebak. Melupuskan makhluk-makhluk yang menentang arus perjuangan kami ! Makhluk-makhluk yang membuang kami daripada negeri kami sendiri.
Wahai saudara sekalian, apakah jantung kalian masih terus berdegup saat melihatkan darah saudara-saudaramu diperdagangkan ? Dipertaruhkan di negeri sendiri ? Butir-butir peluru menembusi tubuh saudara kerdilmu ? Ya Allah, rebahlah seorang mujahid di atas pelana syahid, menggadaikan nyawa, maka rebahlah rejim Israel yang melata di bumi Palestin !’’
Kata-kata yang cukup menyisipkan angin sebuah perjuangan. Angin yang berjaya menitipkan bisikan jihad ke dalam jiwa yang hambar, penuh dengan pengharapan. Oh Palestin ! Bebaskanlah duri yang menempel di tanah suci itu !


[1] Wahai Maisa, ayuh ke dapur. Sekarang !

# To be continue...................................................
I will update the next part soon. Insha Allah ! Keep reading !


Part 2:

Waktu berlalu sebegitu pantas meninggalkan pentas masa yang lalu. Hari yang dinanti-nantikan akan muncul esok pagi. Tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki ke Baitul Maqdis. Itulah kata-kata hati kecil Maisa. Tidak sabar ! Kenangan bersama sahabat karibnya, Najaht Jabareen, masih tersisa di dalam ingatannya. Najaht seorang gadis Gaza yang dikenalinya semasa menuntut di universiti.  Namun, disebabkan Najaht gagal menjelaskan yuran pelajaran, dia terpaksa digantung belajar. Seminggu selepas diberhentikan, Najaht memutuskan untuk meninggalkan Malaysia dan kembali ke Gaza untuk bekerja. Sejak saat itu, Maisa tidak lagi berhubung dengannya. Perpisahan yang bernoktahkan  kesedihan.
 Malam itu, Maisa membuat persiapan dengan mengemas barang-barang penting miliknya.  Jurnal dan Kamera Nikon D300s DSLR tidak boleh dilupakannya supaya urusan kerja berjalan lancar. Debaran meresap ke dalam saraf-saraf tubuhnya. Gementar sedikit kerana dia belum pernah menyertai  aktivitis kemanusiaan ke mana-mana negara. Entah kenapa tiba-tiba tangannya tergerak untuk menulis  sedikit pesanan terhadap kedua ibubapanya.

“ Assalamualaikom w.b.t
Ayah dan ummi, doakan aku selamat pergi dan kembali. Dengan berkah bumi qudus itu, insha Allah, Dia akan merahmatiku dan teman-teman seperjuanganku. Maafkan segala kekhilafanku. Restuilah kembara ini. Ayah, tanah tempat kelahiranmu akan ku redah jua. Darah yang mengalir di dalam diriku adalah gabungan darah para Mujahid dan Hang Tuah. Sudah pasti aku adalah seorang gadis yang berani. Pantang mengalah sebelum berjuang. Itu semangat Melayu. Menang atau Syahid, itu kata-kata Tariq bin Ziyad. Biarpun aku ke sana hanya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan juga sebagai wakil Ahbaaul Falastin, namun tentangan jiwaku terhadap Israel tidak pernah merundum. Masih berkobar-kobar mengibarkan amarah perjuangan ummah.
Shokran. Wassalam.
Yang benar, Maisa.”
Surat  itu dilipat rapi  dan dimasukkan ke dalam sampul yang berwarna merah
“ Pagi esok aku akan letak surat tu kat atas meja dalam bilik ayah.” Maisa bermonolog sendirian.
Keesokan paginya, Maisa menyalami kedua-dua ibubapanya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur International Airport  (KLIA). Seperti yang dirancangnya, Maisa meletakkan sampul itu di atas meja bilik ibubapanya sebelum meneruskan perjalanan ke sana. 

To be continue...... I'm sorry for not making the full story. it is because I am to buzy now. Insha Allah.
Keep reading and praying for me.

Friday 18 May 2012

Hijab


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

For my lovely sisters in Islam, for my protected muslimah.
I carve this poem throughing the available technology.
Using adobe photoshop with a bit effect on it. 
Exactly, this poem was published on Facebook at page 'Da'wah by Poem'. Here, I republish again indeed to share it on my own bloggy. Due to the critical condition of muslimah in showing their 'aurat', I was inspired to make an admonition in a public space, Cyber World. Alhamdolellah, Allah actuate my instinct
to make this poem. Insha Allah. 

Tuesday 8 May 2012

Examination Fever ?



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

The examination mid year has come. Need to study the essential point to make a rapid reverse. But, I'm still with my usual routine, being sick. O Allah! Everythings is despicable to you. But, not me, as I am just a slave. I really pray and praying to You. Sometimes I just feel like I never come pink in health. 
However, life is about to continue and to be complete.  Positive always indeed to built a success, a meaning  to be stand in Islam. Insha Allah.