RSS
Facebook
Twitter

Tuesday 5 June 2012



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t

Continue the story '' Tuhan, Aku Temui Engkau''. Thanks for reading. May Allah bless you. :)


Bab 2 :

Marola memandu kereta Porch miliknya menyusuri lorong-lorong berliku. Mesir memang terkenal dengan negara yang mempunyai banyak lorong dan jalan.
“Ah ! Kalau pertama kali datang ke sini pasti akan pernah tersilap ataupun tersesat jalan.” Dengus Marola.
Sudah sepuluh tahun dia tinggal di Mesir bersama ibubapanya. Ibunya memutuskan untuk meninggalkan kampung halaman sendiri untuk menetap di bumi urdun ini. Berikutan ayahnya hanya boleh pulang ke Itali hanya 3 tahun sekali, Prof. Maria tidak memberi sebarang komitmen untuk tinggal berasingan dalam satu jangka masa yang lama.

Tangan Marola menjalar menghampiri radio. Dia menekan punat ‘on’. Satu lagu dimainkan sebagai santapan telinganya. Iramanya begitu mendayu-dayu, meluluhkan raga sesiapapun yang mendengar. Albi Nadak. Lagu yang cukup sinonim dengannya. Ia merupakan lagu kegemaran lelaki yang darahnya mengalir dalam tubuh Marola, George Ghattas Hakorah, seorang lelaki yang memiliki sebuah perusahaan terkemuka di Mesir. Beliau merupakan antara pemegang saham terbesar dalam GGH Technology sekaligus menobatkan beliau sebagai pemilik perusahaan itu.
Leek, ana milk leek 
ta3ala 2arrab dommeni, ma7tag 
eleek, o ro7i feek 
ya 7ob 3omr ana 3omri kollo ha3yesho leek 
hawak howa el 7aya, 
wenta elly ana, ba3ashe2 hawa 
kan 2albi monaah 
agmal malak, yekoon ma3ah 
yah 2albi nadak wetmanak teb2a enta wayaya 
yah ba3d esneen sho2 wa 7aneen ala2eek hena ma3aya 
yah dommeni leek, danta 7abibi 7ayaty leek 
we 7a3eesh 3omri 3ashan 3ineek 
wa 3omri fadak ….’’

Marola turut sama mengalunkan rentak syahdu ‘albi nadak’. Setelah meredah lautan laluan, akhirnya dia sampai ke destinasi yang dituju, pesisiran pantai Alexandria. Alexandria juga dikenali sebagai Iskandariah. Tempat bersejarah yang dikatakan pernah ditakluki Alexander The Great. Semestinya tempat itu masyhur dengan keindahan panoramanya yang meredupkan penglihatan sekalian manusia. Pantainya yang membiru. Ombak beralun ditiup bayu tenang. Marola menyelak pintu kereta perlahan-lahan. Rambut coklatnya dibiarkan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
“ Hei kamu ! Ente lewahdak?[1]” Ada suara yang menyergah dari belakang . Marola teranjak dari posisi sebenarnya kerana sedikit terkejut.
“Hei ! Selalu saja kamu menyergah saya. Ayuh, kita duduk di sana.’’ Marola menunjuk ke arah batu besar, tempat kali pertama mereka pertama bertemu.
“ Istanne[2].  Saya ingin kenalkan kamu kepada seseorang.” Hagar mengeyitkan mata.
“ Seseorang ? Man ? Kamu memang seorang gadis yang penuh dengan rahsia dan kejutan.” Hagar menarik tangan Marola dan membawanya berjalan berhampiran dengan kereta milik Hagar sendiri. Kelihatan dari jauh ada seorang lelaki yang berkaca mata sedang membaca senaskhah lembaran akhbar di dalamnya. Berkemeja hitam. Marola membuat kesimpulan bahawa lelaki itu adalah teman lelaki Hagar. Hagar mendahului langkahnya dengan berjalan di hadapan Marola. Langkah mereka berdua terhenti menunjukkan mereka sudah sampai ke tempat yang dimaksudkan.

Tok ! Tok !
Pintu kereta diketuk sesopan mungkin. Lelaki itu memberi respon yang negatif. Masih tetap memegunkan diri.
Tok ! Tok ! Tok !
Cermin kereta diketuk pula sekeras mungkin. Barangkali terlalu fokus sampai tidak menyedari kehadiran mereka berdua. Kali ini barulah lelaki itu memalingkan mukanya. Lantas, dia membuka pintu kereta untuk menyapa kedatangan mereka. Bibirnya terpahat satu senyuman ikhlas. Sayap kemesraan melebar pada rautnya.
“ Marola, ini dia. Orang yang saya ingin kenalkan kepada kamu.”
“ Saya abang kepada Hagar, Ahmed Yazeed.”
“ Saya Marola Hakorah.” Marola menganjurkan tangannya kepada Yazeed.
“Maaf. Kami dilarang bersalaman dengan orang bukan muhrim di dalam islam. Saya menghormati anda.” Yazeed menundukkan kepala tanda hormat.
“Oh. Tidak mengapa. Maaf juga kerana saya tidak tahu. Apakah kamu masih menuntut ?”
“ Na’am. Saya menyambung pengajian ke peringkat Master di Cairo University, fakulti komputer dan informasi. Kuliahku akan tamat pada hujung bulan April ini. Wa ente ?”
“ Saya juga bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat Master. Namun, masih belum ada kesempatan. Sekarang saya bekerja di syarikat ayah. GGH Technology.”
“ Itu syarikat ayahmu ? “ Nada suara Yazeed sedikit terkejut.
“ Aho keda akhi. “
Sebelum sempat Yazeed meneruskan perbualannya dengan Marola, Hagar memotong kepetahan abangnya.
“ Kamu berdua. Saya di sini. Lancar sungguh perbicaraan kalian.” Usikan Hagar membuatkan Marola tersipu malu. Yazeed hanya ketawa kecil melihatkan telatah adiknya
“ Sudah lupa kenapa aku datang ke sini Yazeed ? Aku yang mahu bertemu dengan Marola,bukannya kamu. Hentikan percakapan mu sekarang. Lihat, di sana ada banyak gerai buah-buahan. Ada ‘asir[3] juga. Pasti enak jika di minum pada waktu sebegini.” Hagar mengutarakan idea.
“ Oki adikku. Aku pergi dulu.” Yazeed melambai kedua-dua tangannya. Tidak lama kemudian, dia sudah lenyap dari pandangan mereka berdua.
Marola dan Hagar memetakan arah mereka kepada batu besar itu. Mereka duduk berkiblatkan pantai. Terbentang luas hamparan laut yang menenangkan.
“ Cerita sahaja apa yang terbuku di dalam benakmu itu.’’ Hagar sudah dapat membaca perlakuan Marola.
“ Sebenarnya apa konsep syahadah dalam islam ?” Kata-kata itu terpacul keluar daripada mulut Marola. Bagaimanapun Hagar merasa sedikit hairan mendengarkan soalan seperti itu ditanya oleh seorang kristian.
“ Syahadah termasuk dalam rukun islam. Orang yang ingin memeluk Islam wajib mengucapkan syahadah. أشهد أن لا إله إن لا الله و أشهد أن محمد رسول الله.. Dengan syahadah, barulah segala amalan baik akan dikira dalam islam.  Kenapa kamu tanya ?”
“ Mafesh[4]. Saja. Sekadar menambah pengetahuan.”
Marola tidak ingin Hagar tahu alasannya. Penyebab dia bertanya. Lebih baik diamkan sahaja.
“ Hagar, sebelum saya datang menemui kamu saya ada tertidur di atas sofa di dalam kamarku. Saya mimpi kan sesuatu yang aneh. Ada cahaya yang datang bersama satu suara yang bergema. Katanya saya sedang mendekati kebenaran dan kebenaran itu akan menjadi sebahagian daripadaku tidak lama lagi.”
“ Mimpi yang hebat dan juga penuh dengan tanda tanya. Semoga Tuhan membawamu kepada kebenaran. Allahumma Aamiin.” Hagar mendoakan Marola.
“ Amen.” Marola menyambut doa Hagar walaupun mereka bukan saudara seakidah.
Jauh di dalam benak fikiran Hagar, dia merasakan petunjuk Allah semakin menghampiri Marola. Firasatnya kuat menafsirkan maksud sebenar mimpi itu. Mungkin benar atau tidak ? Dia sendiri tidak tahu. Wallahu’alam. Namun, Hagar juga menabur harapan agar satu hari nanti Marola akan bergelar seorang muslimah. Pendapatnya ini dipendamkan begitu sahaja. Bimbang Marola akan berasa kurang senang dengannya.

*                             *                             *                             *
Hari itu, 16 April 2011, Marola kembali menyambung pekerjaannya semula setelah dia mengambil cuti untuk seminggu. Awan sedikit mendung menutupi selaput tanah yang gersang. Percutian ini telah mempertemukannya dengan dua orang adik beradik yang cukup menyamankan, Hagar dan Yazeed. Kedua-duanya mempunyai kelulusan daripada Cairo University. Cuma, Yazeed menyambung lagi kuliahnya untuk peringkat Master.
Marola memecut laju meninggalkan tempat kediamannya menerokai Mohammed Naguib street. Haluan perjalanan masih serupa  iaitu menghala ke bahagian selatan. Kemudian, belok kiri untuk menuju ke Gamal Abdel Nasser street.
“ Sudah hampir sampai.”
Pecutan dinyahkan apabila kereta Porch miliknya memasuki ruangan parking yang terletak di aras paling bawah, underground. Marola memilih untuk memarkingnya berhampiran dengan pintu masuk utama. Dia turun dari kereta dan melewati lif untuk naik ke tingkat sepuluh.  Sebenarnya dia bukan melakukan banyak pekerjaan. Sekadar membantu ayahnya menyiapkan kertas kerja, membancuh kopi, mengemaskan tempat kerja dan melihat-lihat di makmal penyelidikan.  Begitulah hidupnya seharian sejak lulus dalam bidang kejuruteraan mikroelektrik di Universiti of Birmingham, Edgbaston, UK.
“ Selamat pagi semua !” Sapaan lembut didengari dari hadapan pintu masuk. Marola berjalan sambil menyandang briefcase miliknya. Dia mengenakan blouse merah jambu dan skirt hitam separa lutut. Parasnya kelihatan jelita, perwatakannya anggun dan ceria. Kesemua pekerja terpana menyaksikan keelokan wajahnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Marola apabila dia menjadi tarikan dan perhatian di hadapan manusia lain.
“ Selamat pagi juga Cik Marola !” Pekerja-pekerja ayahnya membalas sapaan daripada Marola.
Sementara dia masih mempelajari cara-cara menguruskan syarikat, Marola menggunakan bilik bersebelahan ayahnya sebagai tempat kerja, pejabat individual untuknya sendiri. Marola menyelak daun pintu pejabat perlahan-lahan dan berjalan mendekati meja kerja. Dia mendapati ada sepucuk surat yang ditempatkan di atasnya.
“ Barangkali milik ayah.” Sangka Marola. Ada tulisan yang tertera pada sampul itu.
‘ Buat Marola Ghattas Hakorah,anda mengenaliku. Mohon dibaca.’ 
“Surat ini daripada siapa ?” hati kecilnya berdesis sendirian. Marola merobek bahagian hadapan sampul itu dengan berhati-hati.

“ Buat Marola Hakorah,
Aku ingin menemuimu di restoran Balba3 Village Reviews. Ianya terletak di Malak Hifny street, Sidi Bishr. Datang pada jam 8.00 malam.
-          Ana Ghaarib  -  “

‘’ Misteri sungguh si Fulan yang meninggalkan surat ini.” Marola tertanya-tanya. Kotak fikirannya kosong. Tiada sebarang nama pun yang dapat dia cari di dalam memorinya. Entah siapa yang ingin dia jangkakan.
“ Tunggu dan lihat sajalah .”
Malam itu, Marola hadir lebih awal dari masa yang dijanjikan. Dia memilih untuk duduk berhampiran dengan kaunter penjelasan bil. Mudah untuk membuat sebarang pembayaran dan juga mungkin pertanyaan.
“ Marola ?” ada suara yang menyapanya dari belakang. Marola memalingkan mukanya untuk melihat gerangan siapakah yang telah mengutus surat kepadanya tempoh hari. Air mukanya sedikit berubah. Tercengang melihatkan penampilan lelaki yang sedang berada di hadapannya.
“ Enta. Elias ?”
“ Aiwah ya Marola. Rupanya kamu masih mengenaliku.”
“ Sudah semestinya.Eh, silakan duduk.” Pelawa Marola.
Tangan Elias mencapai kerusi  dan duduk tepat di hadapan Marola.
“ Kamu menghilang ke mana selama ini ?” kata-kata Marola diteruskan.
“ Oh itu. Aku hanya berpindah tempat bukan menghilangkan diri. Aku menetap di USA bersama keluargaku. Dahulunya, aku menetap di Wichita, Kansas dan meneruskan pelajaran di Wichita North High School. Seterusnya menyambung pelajaran ke University of Colorado dan memperoleh ijazah pertama dalam bidang perubatan. Kini, aku sedang melanjutkan lagi pengajianku dalam master di Alexandria University.” Cerita Elias.
“ Hebat Elias ! Mabrouk[5]. Kamu pulang sendiri ke Mesir ?” soal Marola.
“ Ya. Sendiri saja. Ayahku  akan mengirim wang pada setiap bulan untuk perbelanjaanku di sini. Ibubapa ku tidak boleh pulang bersama kerana masih ada urusan yang ingin mereka selesaikan. Sebelum meneruskan lagi perbualan, aku mahu memesan makanan. Pesan apa-apa saja. Aku belanja.”
“Oki. Jika itu yang kamu inginkan. Baiklah.” Marola meraikan Elias.
Elias melambai-lambai ke arah pelayan di situ. Tanda meminta pelayan itu untuk datang ke tempat mereka sedang berada.
Marola memilih untuk menikmati juadah yang berasal daripada Palestin. Lazanya. Pasta susu yang sangat enak untuk dimakan dan sedikit berkeju serta segelas air putih. Elias pula memesan aruz mandil, firakh masywi dan juga segelas susu panas sebagai santapan sederhana yang sangat mengenyangkan. Waktu pada malam itu dipenuhi dengan bercerita tentang cereka hidup masing-masing. Derai ketawa mengiringi perbualan mereka berdua di restoran Balba3 Village Review. Jarum jam menunjukkan sudah hampir dengan jam 10 malam.
“ Berapa jumlah kesemuanya ? “ Elias bertanya kepada pelayan.
“ LE 30.” Pelayan itu menghulurkan resit pembayaran.
Elias mengeluarkan sejumlah wang daripada saku seluarnya dan membayar mengikut apa yang tertulis pada resit itu.
“ Sh7okran kteer Elias, atas pembiayaan makanan ini.”
“ 3afwan Marola. Sekali sekala apa salahnya.”
“ Aku ingin meminta diri dulu. Mahu bersurai dan pulang ke rumah.” Pinta Marola.
“ Oh. Baiklah. Jesus melindungimu. Amen.” Elias mendoakan Marola.


1.        Kamu bersendirian ?
2.        Sekejap
3.        Jus
4.        Tak ada apa-apa
5.        Tahniah