بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikom w.b.t
Continue the story '' Tuhan, Aku Temui Engkau''. Thanks for reading. May Allah bless you. :)
Bab 2 :
Marola memandu kereta Porch miliknya menyusuri lorong-lorong
berliku. Mesir memang terkenal dengan negara yang mempunyai banyak lorong dan
jalan.
“Ah ! Kalau pertama kali datang ke sini pasti akan pernah
tersilap ataupun tersesat jalan.” Dengus Marola.
Sudah sepuluh tahun dia tinggal di Mesir bersama ibubapanya.
Ibunya memutuskan untuk meninggalkan kampung halaman sendiri untuk menetap di
bumi urdun ini. Berikutan ayahnya hanya boleh pulang ke Itali hanya 3 tahun
sekali, Prof. Maria tidak memberi sebarang komitmen untuk tinggal berasingan
dalam satu jangka masa yang lama.
Tangan Marola menjalar menghampiri radio. Dia menekan punat
‘on’. Satu lagu dimainkan sebagai santapan telinganya. Iramanya begitu
mendayu-dayu, meluluhkan raga sesiapapun yang mendengar. Albi Nadak. Lagu yang
cukup sinonim dengannya. Ia merupakan lagu kegemaran lelaki yang darahnya
mengalir dalam tubuh Marola, George Ghattas Hakorah, seorang lelaki yang
memiliki sebuah perusahaan terkemuka di Mesir. Beliau merupakan antara pemegang
saham terbesar dalam GGH Technology sekaligus menobatkan beliau sebagai pemilik
perusahaan itu.
“Leek, ana milk leek
ta3ala 2arrab dommeni, ma7tag
eleek, o ro7i feek
ya 7ob 3omr ana 3omri kollo ha3yesho leek
hawak howa el 7aya,
wenta elly ana, ba3ashe2 hawa
kan 2albi monaah
agmal malak, yekoon ma3ah
yah 2albi nadak wetmanak teb2a enta wayaya
yah ba3d esneen sho2 wa 7aneen ala2eek hena
ma3aya
yah dommeni leek, danta 7abibi 7ayaty leek
we 7a3eesh 3omri 3ashan 3ineek
wa 3omri fadak ….’’
Marola
turut sama mengalunkan rentak syahdu ‘albi nadak’. Setelah meredah lautan
laluan, akhirnya dia sampai ke destinasi yang dituju, pesisiran pantai
Alexandria. Alexandria juga dikenali sebagai Iskandariah. Tempat bersejarah
yang dikatakan pernah ditakluki Alexander The Great. Semestinya tempat itu
masyhur dengan keindahan panoramanya yang meredupkan penglihatan sekalian
manusia. Pantainya yang membiru. Ombak beralun ditiup bayu tenang. Marola
menyelak pintu kereta perlahan-lahan. Rambut coklatnya dibiarkan ditiup angin
sepoi-sepoi bahasa.
“ Hei
kamu ! Ente lewahdak?” Ada suara
yang menyergah dari belakang . Marola teranjak dari posisi sebenarnya kerana
sedikit terkejut.
“Hei !
Selalu saja kamu menyergah saya. Ayuh, kita duduk di sana.’’ Marola menunjuk ke
arah batu besar, tempat kali pertama mereka pertama bertemu.
“
Istanne. Saya ingin kenalkan kamu kepada seseorang.”
Hagar mengeyitkan mata.
“
Seseorang ? Man ? Kamu memang seorang gadis yang penuh dengan rahsia dan
kejutan.” Hagar menarik tangan Marola dan membawanya berjalan berhampiran
dengan kereta milik Hagar sendiri. Kelihatan dari jauh ada seorang lelaki yang
berkaca mata sedang membaca senaskhah lembaran akhbar di dalamnya. Berkemeja
hitam. Marola membuat kesimpulan bahawa lelaki itu adalah teman lelaki Hagar. Hagar
mendahului langkahnya dengan berjalan di hadapan Marola. Langkah mereka berdua
terhenti menunjukkan mereka sudah sampai ke tempat yang dimaksudkan.
Tok !
Tok !
Pintu
kereta diketuk sesopan mungkin. Lelaki itu memberi respon yang negatif. Masih
tetap memegunkan diri.
Tok !
Tok ! Tok !
Cermin
kereta diketuk pula sekeras mungkin. Barangkali terlalu fokus sampai tidak
menyedari kehadiran mereka berdua. Kali ini barulah lelaki itu memalingkan
mukanya. Lantas, dia membuka pintu kereta untuk menyapa kedatangan mereka.
Bibirnya terpahat satu senyuman ikhlas. Sayap kemesraan melebar pada rautnya.
“
Marola, ini dia. Orang yang saya ingin kenalkan kepada kamu.”
“ Saya
abang kepada Hagar, Ahmed Yazeed.”
“ Saya
Marola Hakorah.” Marola menganjurkan tangannya kepada Yazeed.
“Maaf.
Kami dilarang bersalaman dengan orang bukan muhrim di dalam islam. Saya
menghormati anda.” Yazeed menundukkan kepala tanda hormat.
“Oh.
Tidak mengapa. Maaf juga kerana saya tidak tahu. Apakah kamu masih menuntut ?”
“
Na’am. Saya menyambung pengajian ke peringkat Master di Cairo University, fakulti komputer dan informasi. Kuliahku
akan tamat pada hujung bulan April ini. Wa ente ?”
“ Saya juga bercadang untuk
menyambung pengajian ke peringkat Master. Namun, masih belum ada kesempatan.
Sekarang saya bekerja di syarikat ayah. GGH Technology.”
“ Itu syarikat ayahmu ? “ Nada suara
Yazeed sedikit terkejut.
“ Aho keda akhi. “
Sebelum sempat Yazeed meneruskan
perbualannya dengan Marola, Hagar memotong kepetahan abangnya.
“ Kamu berdua. Saya di sini. Lancar
sungguh perbicaraan kalian.” Usikan Hagar membuatkan Marola tersipu malu.
Yazeed hanya ketawa kecil melihatkan telatah adiknya
“ Sudah lupa kenapa aku datang ke
sini Yazeed ? Aku yang mahu bertemu dengan Marola,bukannya kamu. Hentikan
percakapan mu sekarang. Lihat, di sana ada banyak gerai buah-buahan. Ada ‘asir
juga. Pasti enak jika di minum pada waktu sebegini.” Hagar mengutarakan idea.
“ Oki adikku. Aku pergi dulu.” Yazeed
melambai kedua-dua tangannya. Tidak lama kemudian, dia sudah lenyap dari
pandangan mereka berdua.
Marola dan Hagar memetakan arah
mereka kepada batu besar itu. Mereka duduk berkiblatkan pantai. Terbentang luas
hamparan laut yang menenangkan.
“ Cerita sahaja apa yang terbuku di
dalam benakmu itu.’’ Hagar sudah dapat membaca perlakuan Marola.
“ Sebenarnya apa konsep syahadah
dalam islam ?” Kata-kata itu terpacul keluar daripada mulut Marola.
Bagaimanapun Hagar merasa sedikit hairan mendengarkan soalan seperti itu
ditanya oleh seorang kristian.
“ Syahadah termasuk dalam rukun
islam. Orang yang ingin memeluk Islam wajib mengucapkan syahadah. أشهد أن لا إله إن لا الله و أشهد أن
محمد رسول الله.. Dengan syahadah, barulah segala amalan baik akan
dikira dalam islam. Kenapa kamu tanya ?”
“ Mafesh. Saja. Sekadar menambah
pengetahuan.”
Marola tidak
ingin Hagar tahu alasannya. Penyebab dia bertanya. Lebih baik diamkan sahaja.
“ Hagar, sebelum
saya datang menemui kamu saya ada tertidur di atas sofa di dalam kamarku. Saya mimpi kan sesuatu yang aneh. Ada cahaya yang datang
bersama satu suara yang bergema. Katanya saya sedang mendekati kebenaran dan
kebenaran itu akan menjadi sebahagian daripadaku tidak lama lagi.”
“ Mimpi yang hebat dan juga penuh
dengan tanda tanya. Semoga Tuhan membawamu kepada kebenaran. Allahumma Aamiin.”
Hagar mendoakan Marola.
“ Amen.” Marola menyambut doa Hagar
walaupun mereka bukan saudara seakidah.
Jauh di dalam benak fikiran Hagar,
dia merasakan petunjuk Allah semakin menghampiri Marola. Firasatnya kuat menafsirkan
maksud sebenar mimpi itu. Mungkin benar atau tidak ? Dia sendiri tidak tahu.
Wallahu’alam. Namun, Hagar juga menabur harapan agar satu hari nanti Marola akan
bergelar seorang muslimah. Pendapatnya ini dipendamkan begitu sahaja. Bimbang
Marola akan berasa kurang senang dengannya.
* * * *
Hari itu, 16 April 2011, Marola kembali menyambung
pekerjaannya semula setelah dia mengambil cuti untuk seminggu. Awan sedikit
mendung menutupi selaput tanah yang gersang. Percutian ini telah
mempertemukannya dengan dua orang adik beradik yang cukup menyamankan, Hagar
dan Yazeed. Kedua-duanya mempunyai kelulusan daripada Cairo University. Cuma,
Yazeed menyambung lagi kuliahnya untuk peringkat Master.
Marola memecut laju meninggalkan tempat kediamannya
menerokai Mohammed Naguib street. Haluan perjalanan masih serupa iaitu menghala ke bahagian selatan. Kemudian,
belok kiri untuk menuju ke Gamal Abdel Nasser street.
“ Sudah hampir sampai.”
Pecutan dinyahkan apabila kereta Porch miliknya memasuki ruangan parking
yang terletak di aras paling bawah, underground. Marola memilih untuk memarkingnya
berhampiran dengan pintu masuk utama. Dia turun dari kereta dan melewati lif
untuk naik ke tingkat sepuluh.
Sebenarnya dia bukan melakukan banyak pekerjaan. Sekadar membantu
ayahnya menyiapkan kertas kerja, membancuh kopi, mengemaskan tempat kerja dan
melihat-lihat di makmal penyelidikan. Begitulah hidupnya seharian sejak lulus dalam
bidang kejuruteraan mikroelektrik di Universiti of Birmingham, Edgbaston, UK.
“ Selamat pagi semua !” Sapaan lembut didengari dari hadapan
pintu masuk. Marola berjalan sambil menyandang briefcase miliknya. Dia
mengenakan blouse merah jambu dan skirt hitam separa lutut. Parasnya kelihatan
jelita, perwatakannya anggun dan ceria. Kesemua pekerja terpana menyaksikan
keelokan wajahnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Marola apabila dia menjadi
tarikan dan perhatian di hadapan manusia lain.
“ Selamat pagi juga Cik Marola !” Pekerja-pekerja ayahnya
membalas sapaan daripada Marola.
Sementara dia masih mempelajari cara-cara menguruskan
syarikat, Marola menggunakan bilik bersebelahan ayahnya sebagai tempat kerja,
pejabat individual untuknya sendiri. Marola menyelak daun pintu pejabat
perlahan-lahan dan berjalan mendekati meja kerja. Dia mendapati ada sepucuk
surat yang ditempatkan di atasnya.
“ Barangkali milik ayah.” Sangka Marola. Ada tulisan yang
tertera pada sampul itu.
‘ Buat Marola Ghattas Hakorah,anda mengenaliku. Mohon
dibaca.’
“Surat ini daripada siapa ?” hati kecilnya berdesis
sendirian. Marola merobek bahagian hadapan sampul itu dengan berhati-hati.
“ Buat Marola Hakorah,
Aku ingin menemuimu di restoran Balba3 Village Reviews. Ianya terletak di Malak
Hifny street, Sidi Bishr. Datang pada jam 8.00 malam.
-
Ana Ghaarib - “
‘’ Misteri sungguh si Fulan yang meninggalkan surat ini.”
Marola tertanya-tanya. Kotak fikirannya kosong. Tiada sebarang nama pun yang
dapat dia cari di dalam memorinya. Entah siapa yang ingin dia jangkakan.
“ Tunggu dan lihat sajalah .”
Malam itu, Marola hadir lebih awal dari masa yang
dijanjikan. Dia memilih untuk duduk berhampiran dengan kaunter penjelasan bil.
Mudah untuk membuat sebarang pembayaran dan juga mungkin pertanyaan.
“ Marola ?” ada suara yang menyapanya dari belakang. Marola
memalingkan mukanya untuk melihat gerangan siapakah yang telah mengutus surat
kepadanya tempoh hari. Air mukanya sedikit berubah. Tercengang melihatkan
penampilan lelaki yang sedang berada di hadapannya.
“ Enta. Elias ?”
“ Aiwah ya Marola. Rupanya kamu masih mengenaliku.”
“ Sudah semestinya.Eh, silakan duduk.” Pelawa Marola.
Tangan Elias mencapai kerusi
dan duduk tepat di hadapan Marola.
“ Kamu menghilang ke mana selama ini ?” kata-kata Marola
diteruskan.
“ Oh itu. Aku hanya berpindah tempat bukan menghilangkan diri.
Aku menetap di USA bersama keluargaku. Dahulunya, aku menetap di Wichita,
Kansas dan meneruskan pelajaran di Wichita North High School. Seterusnya
menyambung pelajaran ke University of Colorado dan memperoleh ijazah pertama
dalam bidang perubatan. Kini, aku sedang melanjutkan lagi pengajianku dalam
master di Alexandria University.” Cerita Elias.
“ Hebat Elias ! Mabrouk
.
Kamu pulang sendiri ke Mesir ?” soal Marola.
“ Ya. Sendiri saja. Ayahku
akan mengirim wang pada setiap bulan untuk perbelanjaanku di sini.
Ibubapa ku tidak boleh pulang bersama kerana masih ada urusan yang ingin mereka
selesaikan. Sebelum meneruskan lagi perbualan, aku mahu memesan makanan. Pesan
apa-apa saja. Aku belanja.”
“Oki. Jika itu yang kamu inginkan. Baiklah.” Marola meraikan
Elias.
Elias melambai-lambai ke arah pelayan di situ. Tanda meminta
pelayan itu untuk datang ke tempat mereka sedang berada.
Marola memilih untuk menikmati juadah yang berasal daripada
Palestin. Lazanya. Pasta susu yang sangat enak untuk dimakan dan sedikit
berkeju serta segelas air putih. Elias pula memesan aruz mandil, firakh masywi
dan juga segelas susu panas sebagai santapan sederhana yang sangat
mengenyangkan. Waktu pada malam itu dipenuhi dengan bercerita tentang cereka
hidup masing-masing. Derai ketawa mengiringi perbualan mereka berdua di
restoran Balba3 Village Review. Jarum jam menunjukkan sudah hampir dengan jam
10 malam.
“ Berapa jumlah kesemuanya ? “ Elias bertanya kepada
pelayan.
“ LE 30.” Pelayan itu menghulurkan resit pembayaran.
Elias mengeluarkan sejumlah wang daripada saku seluarnya dan
membayar mengikut apa yang tertulis pada resit itu.
“ Sh7okran kteer Elias, atas pembiayaan makanan ini.”
“ 3afwan Marola. Sekali sekala apa salahnya.”
“ Aku ingin meminta diri dulu. Mahu bersurai dan pulang ke
rumah.” Pinta Marola.
“ Oh. Baiklah. Jesus melindungimu. Amen.” Elias
mendoakan Marola.
nice story..jln cerita jga smooth & t'atur..keep moving..
mohon sambung lg yer..
Insha Allah. Terima kasih atas sokongan. ada sambung bab 3, tapi belum ditaip lagi. Insha Allah nanti sy taip.
lain drpd yg lain
truskan usaha mnjadi yg terbaik
insyaallah..