Maisa Damidi, seorang gadis yang lasak dan mempunyai tubuh
badan yang agak kebal daripada anasir-anasir luar. Sifatnya yang berpendirian
tetap membuatkan dia menjadi seorang gadis yang tegar. Tidak mudah patah hati
dan tetap dengan pendiriannya. Maisa merupakan seseorang yang memiliki air
tangan seni kerana kepetahan penanya
yang amat memukaukan para penelah buku-bukuan. Dia memiliki segulung ijazah kepujian
daripada Lim Kok Wing University di Cyberjaya, Malaysia dalam bidang fotografi.
Setelah menamatkan pengajian di dalam dunia lensa, Maisa diterima bekerja dan
menganggotai Ahbaaul Falastin SDN BHD.
‘’ Ya Maisa, Ahlan Ilatha’am.. Al aan !’’
Ayah Maisa menyapanya daripada dapur. Barangkali ingin
meminta sedikit pertolongan.
‘’ Na’am.. Na’am. Tayyeb. Istanna Syuwayya,’’ Panggilan disahutnya perlahan. Namun,
matanya masih tetap kaku menghadap skrin laptop miliknya. Ayahnya, Ahmed Osman
merupakan seorang pelarian Palestin dan pernah menetap di Lubnan, Negara yang kaya dengan petroleum itu.
Peristiwa pada 15 Mei 1948 iaitu hari Al-Nakba yang bermaksud kecelakaan
menyebabkan Encik Ahmed bermastautin di sana. Mereka dihalau seperti orang asing
walhal tanah itu menjadi tapak mereka berpijak selama ini. Rakyat Palestin
menganggap semua pengusiran dari kampung halaman sejak mandat British (1920-1948)
sehingga Perang Arab-Israel 1948 oleh
pengganas Zionis sebagai Al-Nakba. Sejak detik itu, ramai rakyat Palestin yang
menetap di Negara-negara arab yang lain. Keluarga ayah Maisa membawa diri ke
Lubnan kerana mereka mempunyai kerabat terdekat di sana. Sewaktu ayahnya menuntut
di Jordan University Science and Technology , Encik Ahmed berkenalan dan
berkahwin dengan ibunya, Puan Dima setelah mengenal budi bicara masing-masing. Puan
Dima seorang wanita berbangsa Melayu. Perkara
itulah yang membuatkan Maisa hidup di Negara beriklim khatulistiwa ini.
Selalu saja Puan Dima menegur Maisa supaya mengurangkan
masanya duduk berteleku di hadapan laptopnya. “ Sudahlah ! Menatap skrin itu
bukan duniamu ! Sekadar permainan teknologi !” Pintu biliknya dihempas ibunya.
Begitulah rutin seharian Maisa apabila matahari menyinsing
kepada fasa kegelapan. Apabila matahari bertukar tangan dengan bulan. Jari
runcingnya menekan pantas keyboard untuk menyiapkan laporan tentang forum pada
tempoh hari di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Laporan berkaitan Forum
Cakna Palestin yang diterbangkan khas dari Palestin, Dr.Mahmoud Abbas, salah
seorang pemimpin Hamas dan wartawan Gaza
TV, Noor Harazeen hasil kerjasama dua hala Ahbaaul Falastin dan Aman Palestin
yang namanya cukup sinonim dengan penduduk Palestin di tebing barat Gaza. Maisa
menyandang tugas sebagai moderator forum tersebut berikutan penguasaannya yang
mendalam dalam bahasa alQuran, bahasa Arab.
Forum itu diimbas kembali di dalam kotak memorinya. Kata-kata Dr.
Mahmoud Abbas masih segar berlegar-legar di ruangan mindanya.
‘’
Saya masih ingat akan satu hadis Rasulullah yang berbunyi
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Yang bermaksud:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan
dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak
memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan
kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap
sedemikian.
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
Sungguh ! Semangat perjuangan yang ada pada diri kami, rakyat
Palestin tidak seperti air yang dicurah di atas api. Semakin dicurah, semakin
membara dan menyala. Semakin membakar dan merebak. Melupuskan makhluk-makhluk
yang menentang arus perjuangan kami ! Makhluk-makhluk yang membuang kami
daripada negeri kami sendiri.
Wahai saudara sekalian, apakah jantung kalian masih terus berdegup
saat melihatkan darah saudara-saudaramu diperdagangkan ? Dipertaruhkan di negeri
sendiri ? Butir-butir peluru menembusi tubuh saudara kerdilmu ? Ya Allah,
rebahlah seorang mujahid di atas pelana syahid, menggadaikan nyawa, maka
rebahlah rejim Israel yang melata di bumi Palestin !’’
Kata-kata yang cukup menyisipkan angin sebuah perjuangan. Angin
yang berjaya menitipkan bisikan jihad ke dalam jiwa yang hambar, penuh dengan
pengharapan. Oh Palestin ! Bebaskanlah duri yang menempel di tanah suci itu !